Saturday 12 October 2013

YANG DAHULU

dalam kelapangan dan ketenangan pagi ini.. ku mencoretkan sebuah cerita yang telah lama aku simpan
aku tak mahu cerita lama berulang kembali.. jika benar cerita itu yang terbaik untuk aku, akan ku bawa diri ini hilang dari pandangan orang jauh2.. tiada kemaafan yang dapat membetulkan kata2 dan janji yang telah di lafazkan..

bermula sebuah lembaran baru yang tiada kata penganti untuk tarikh yang mendatang.. kehadiran seseorang telah banyak mengubah akan setiap kisah dalam hidup aku ini, biarpun ianya hanya seperti bayang-bayang seseorang yang lain tapi itu sudah mencukupi untuk mengubah akan diri ini sikit demi sedikit.. aku tahu aku rindu akan si dia yang pernah hadir dalam hidup ini membawa seribu erti dan pergi membawa seribu kenangan yang hampir membawa aku ke dunia fantasi..aku tahu aku terlalu terkilan akan sejarah itu yang membawa segalanya ke arah kegelapan..aku takut untuk bercinta lagi, aku takut untuk di sayangi dan menyayangi, takut untuk menerima dan di terima..pengajaran itu mengajar diri ini membuang segalanya...

kehadiran janji itu telah pun sampai..janji yang di berikan.. di ucapkan.. 

Sunday 7 April 2013

di kala aku memandang jauh  ke langit aku sentiasa teringat akan kisah- kisah aku dan dia yang telah aku ukirkan..
aku terasa seperti dia bersama aku skrg biarpun kenyataannya adalah amat-amat berlainan bukan seperti yang dirancang..
dahulu aku lepaskan dia kerana aku tidak lagi mampu untuk menjadi imam nya kerana aku amat- amat lemah dan ketika itu aku terumbang ambing seperti sampan yang tiada pendayungnya dan di lambung ombak tanpa melihat di mana tebingnya...
sampai saat ini aku masih menyanyanginya biarpun dia sudah bukan miliki ku lagi dan kenyataan dan dugaan yang tuhan berikan pada aku adalah atas kesalahan aku sendiri..
aku pasrah dengan apa yang telah terjadi dan aku sentiasa mendoakan dia...
supaya perjalanan hidupnya akan lebih baik dari masa perkenalan kami dan lebih gembira..
aku hanya mampu tersenyum akan apa yang telah terjadi..
aku tidak akan merampas apa yang bukan hak aku..
biarpun aku mencintainya separuh jiwa ku tapi aku harus melpaskan ai jua..
pertama kali kami melafazkan cinta berlaku di pasaraya dan ketika itu jugalah aku mendapat sentuhan pertama dari seorang perempuan yang bukan muhrim aku...
tapi sentuhan itu hanya sekali dan tidak pernah berlaku lagi selepas aku keluar dgn nya..
cinta kami di hiasi dengan surat menyurat dan silih ganti dengan perjumpaan yang tidak di rancang..
tapi segalanya amat menyakitkan apabila aku memutuskan perhubungan kami yang telah lama kami ikatkan dengan erat tanpa setitik air mata dari aku kerana aku tahu jika aku menangis mungkin si dia tidak akan percaya akan segalanya...
aku menjadi lebih keseorangan dan sentiasa duduk keseorangan tanpa sesiapa di sisi dan segalanya amat-amat sakit,terasa diri ini tiada apa lagi untuk terus hidup,terasa akan kekecewaan yang sangat dalam sehingga aku tidak kemana-mana melainkan hanya ke tandas dan tidur selama 3 hari...
aku kuatkan semangat untuk terus melangkah dan aku dapat rasakan akan hidup aku perlu di teruskan tanpa si dia kerana aku sudah membuat keputusan...

setelah lama aku menghilang aku kembali mencari si dia dan aku jumpa dia tanpa aku tahu apa yang telah di suratkan di sebalik pertemuan kami yang telah tertulis...
aku mendengar akan ceritanya betapa sidh dan pilunya dia bahkan dia sendiri tidak dapat menahan akan air mata biarpun segalanya sudah lama berlaku dan aku sendiri berjujuran air mata ini mendengar akan nasibnya...
baju yang di pakai oleh dia telah selamat di humban ke unggun api,dan segala yang d pakai nya masa itu..
dia menceritakan segalanya apa yang telah terjadi dan sekarang aku menyesal akan apa yang telah aku buat kepada seseorang yang amat-amat mencintai dan menyanyangi aku tanpa ada insan yang lain...


sekarang dia telah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang segak bergaya dan seorang yang memahami..

aku terlewat beberapa tahun untuk segalanya dan kehadiran aku pada masa itu terlewat dan aku tahu segalanya tidak akan mungkin berubah akan apa yang telah tertulis...
dia pernah bertanya kenapa aku sanggup untuk melepaskannya dan aku hanya menjawap demi masa depan nya...
dia mengalir air mata dengan kata- kata aku, dia hanya terdiam dan terus membisu...
aku harus pergi bukan duduk lama di sini untuk menanti apa yang tidak pasti..
segalanya telah di tulis dan di tetapkan..
aku tidak perlu dan tidak sepatutnya hadir biarpun aku mencintainya...
aku perlu pergi..

maafkan aku,aku perlu pergi untuk kali kedua biarpun aku pernah berjanji untuk terus bersama sampai ke akhir hayat...
biarlah sakit sekarang dari sakit kemudian..
selamat cinta pertama dan yang terakhir..

salam sayang dari aku kepadanya...

Sunday 17 February 2013

aku

hari ini hari yang banyak ujian pada aku.. segala yang aku cb bina sikit demi sedikit hancur.. aku thu banyak salah ku pada kehidupan silam..
aku redha dgn apa yg trjadi biarlah ianya berat tapi aku tetap gagahi jua..
bahu, kaki n tgn betul2 sakit sehingga aku tak mampu nk mmbuat kerja yg d amanahkan.. segalanya terhad dan kadang2 ia memberi 1 kesakitan yg amat sangat..
tp sakit ini aku prnah lalui dahulu.. brmkna aku dah tak mampu menahan asakkan dari segi pelanggaran..
ape yg aku merepek nih??