Saturday 31 March 2012

genting

malam td rambut ku d belai oleh angin sejuk genting yang amat sgt payah untuk aku kata yang semua itu aku tak rasa sedikit pon bahkan cuaca sejuk itu macam berada di kampung aku sahaja, tp aku tahu tidak semua dapat rasa macam aku rasa,
aku pergi genting itu pon semata-mata untuk membeli lolypop yg aku selalu makan bila aku rindukan seseorang dan aku teringat kat dia aku akan cari lolypop tu untuk aku tutup rasa rindu padanya dan aku tahu dia tak mungkin pernah ingat aku untuk selama-lamanya,
aku bukan perindu tapi aku hanya teringatkan detik-detik manis kita tapi segala d gantikan dengan dugaan dan dugaan itu telah menguatkan aku lagi dan semuanya berubah jika aku terus hilang dari hidup dia bukan kerana aku nak lupakan tapi aku taknak dia tahu yang aku sakit,
melepaskan itu 1 pengorbanan dan melihat dia pergi adalah 1 kata-kata yang perih yang belum tentu aku dapat lalui jika aku terus jatuh dan jatuh untuk sekian kalinya,
aku rindukan diri aku yang dulu sentiasa hepi biarpun sekarang diri itu mula kembali pada aku secara perlahan-lahan dan aku harap semuanya akan indah jika aku dapat tersenyum kembali,
moga aku dapat jadi yg terbaik dan terbilang..

Thursday 16 February 2012

aku dah abis study kat sekolah yang d beri nama sekolah budak-budak nakal yang sentiasa akan ade pergaduhan,bakar membakar,keganasan,segalanya ada di sekolah tersebut, tapi itu lah sekolah aku yang memberi kami ilmu walaupun kami sendiri yang larikan diri. sekarang aku melangkah masuk universiti dengan rasa tidak percaya yang aku akan jejak dalam dunia orang-orang berilmu seperti ini. aku seperti masuk tempat orang asing dengan persekitaran yang agak sesak dan sentiasa hormat menghormati. aku mengikuti  fakulti engineering yang tidak banyak dewinya.
aku banyak habiskan masa aku dengan keseorangan,kelas pon sesorang semua sesorang. tapi dengan berkat kuasa tuhan aku d beri beberapa orang kawan yang agak sama kepala dengan aku. tapi dalam keadaan tersebut datang sorang insan yang aku tidak tahu dari mana semua tu datang,dan aku sendiri tak sangka aku akan cb memberikan hati aku yg selama ini tertutup rapat dan tiada ruang sedikit pun untuk cahaya tembusi. 
kami berkawan seperti biasa dan sampai 1 masa dimana aku aku sendiri tidak mahu bunga bibit cinta itu datang secara perlahan tanpa aku sedari. walaupun tidak pernah jumpa dan hanya kenal di dalam ruang kenalan yahoo mesengger,tapi aku dan dia seperti dah lama kenal dan ia seperti aur dan tebing.
sekarang aku mula untuk memasuki 1 alam yang berbeza lagi,aku teruskan pelajaran aku untuk memiliki ijazah, aku di kejutkan 1 berita yang aku paling takut untuk aku terima kerana aku pernah kehilangan hati aku sebelum ini.
aku dapat tahu ade seseorang yang meminati dirinya dan berita itu datang dari kawan aku yang belajar 1 tempat dengannya. aku tahu ini akan terjadi dan aku just teruskan hubungan itu walaupun hati aku sendiri telah mula berkata " lepaskanlah dia kerana dia bukan milik kamu lagi dan orang itu akan dapat jaga hatinya lebih baik dari kau sendiri,bahkan ko bukan bercinta melalui luaran tapi hanya d alam fantasi. kau akan sakit jika kau terus buat hati ko terus berdarah bahkan dia bukan milik kau.."
aku senyap sentiasa mencari alasan untuk berundur diri. berundur diri bukan bermakna aku kalah tapi kerana aku tahu dia akan jumpa lebih baik dari aku. aku tahu ada masa aku call dia kan kata dia mahu tidur dan bercakap dengan orang lain.aku terus ikut rentaknya... aku tahu hubungan ini hanyalah tinggal perkataan dan isinya sudah lama di makan oleh burung yang lain.. aku terus tersenyum dan aku sedar ia amat berat untuk aku lepaskan tapi itu yang di inginkan..
"assalammualaikum,saya nak beritahu kat awak 1 perkara tapi awak jangan marah kan saya,dan jangan pernah tinggalkan saya,saya takut jika saya beritahu ini awak akan pergi meninggalkan saya.." aku tahu dah sampai masanya untuk dia beritahu apa yang sepatutnya. aku dah tahu lama sebab kawan aku sentiasa bersama dia tapi dia tak pernah perasan. 
"maafkan saya awak,saya telah suka pada seseorang yang lain. hati saya tertarik pada dia dan saya harap awak tak marah untuk lepaskan saya." aku hanya membalas dengan berkata pergilah..itu yang awak inginkan. saya doakan awak bahagia dan sentiasa tersenyum. 
aku lepaskan dalam terpaksa dan dalam masa yang sama aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tapi aku tak dapat pergi kerana aku gagal dalam peperiksaan pemilihan yang mana sebelum ini aku lulus dengan cemerlang..mungkin semua itu tidak tertulis untuk aku dan aku harap dia akan terus bahagia.. 
aku terus tutup pintu hati aku supaya tidak akan terjadi lagi perkara yang sama pada masa akan datang dan sekarang dia telah lupakan aku buat selama-lamanya.. aku tidak akan menanti sesiapa pun lagi selain itu jodoh aku...
terima kasih awak, awak berikan cinta itu walaupun sedikit. terima kasih juga kerana buka pintu hati ini untuk terima cinta kembali..
selamat tinggal awak.. 

                                                                                                                     yang benar,
                                                                                                                     al